BAHAN BUATAN DALAM INDUSTRI
1. Pembuatan asid sulfurik
Asid sulfurik merupakan asid buatan. Asid sulfurik dihasilkan melalui proses sentuh. Bahan mentah yang digunakan dalam proses ini adalah sulfur,udara dan air.
KEGUNAAN ASID SULFURIK
- Untuk membuat baja
- Untuk membuat detergen
- Untuk membuat fiber sintetik dan plastik
- Untuk membuat pigmen cat
- Sebagai elektrolit dalam akumulator asid plumbum
- Untuk menyingkirkan oksida logam daripada permukaan logam sebelum penyaduran
Proses menghasilkan asid sulfurik dikenali sebagai proses sentuh.
Proses penghasilan asid sulfurik boleh diuraikan berdasarkan carta alir diatas :
Peringkat pertama
Sulfur dibakar menghasilan sulfur dioksida
Peringkat kedua
Gas sulfur dioksida dan udara dialirkan keatas vanadium oksida untuk menghasilkan sulfur trioksida
Peringkat ketiga
Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik pekat untuk membentuk oleum kemudian air ditambah kepada oleum untuk mencairkannya dan menghasilkan asid sulfurik
SULFUR DIOKSIDA MENYEBABKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Barangan buatan asid sulfurik mengandungi sulfur. Pembakaran bahan -bahan tersebut akan menghasilkan sulfur dioksida yang bersifat asid. Apabila terlarut dalam air hujan yang menghasilkan hujan asid. Hujan asid akan menyebabkan :
- Menghakis dan merosakkan harta benda seperti bangunan, jambatan dan lain-lain
- Mengurangkan pH tanah dan menyebabkan tidak sesuai untuk tumbuhan
- Mengurangkan pH air menyebabkan kematian hidupan akuatik
- Merosakkan keindahan alam sekitar
2. Pembuatan ammonia dan garam
Ammonia digunakan untuk mengenal pasti kehadiran beberapa kation bagi larutan akues. Ia juga merupakan bahan mentah yang amat penting dalam beberapa proses kimia dan pembuatan barangan.
KEGUNAAN AMMONIA
- Pembuatan baja bernitrogen seperti ammonium fosfat
- Pembuatan asid nitrik
- Pembuatan elektrolit sel kering
- Pembuatan ejen pencuci seperti serbuk pencuci dan detergen
- Pembuatan bahan letupan seperti TNT
- Pembuatan pencelup
SIFAT-SIFAT AMMONIA :
- Sangat larut dalam air
- Gas tidak berwarna
- Berbau sengit
- Bersifat alkali
- Kurang tumpat daripada udara
- Bertindakbalas dengan gas hidrogen klorida
- Membentuk wasap putih ammonium klorida
PROSES PEMBUATAN AMMONIA SECARA INDUSTRI
Dikenali sebagai proses haber dimana ammonia disediakan secara besar-besaran daripada tindakbalas antara gas nitrogen dan gas hidrogen
MENYEDIAKAN BAJA AMMONIUM :
1) Larutan ammonia + asid menghasilkan garam ammonium
2) Garam ammonium disejatkan untuk mendapatkan larutan tepu garam ammonium
3) Larutan tepu garam ammonium disejukkan dan dihablurkan untuk mendapatkan baja ammonia
3. Memahami aloi
Aloi adalah sebatian yang terbentuk daripada campuran logam dengan unsur-unsur lain.
SUSUNAN ATOM DALAM LOGAM
Saiz atom dalam logam tulen adalah sama dan disusun secara rapat menbentuk lapisan- lapisan atom dan ini menyebabkan logam tulen lembut dan kurang kuat. Lapisan-lapisan ini menyebabkan ia mudah menggelonsor apabila dikenakan daya
Pengaloian ialah proses pencampuran atom bendasing ke dalam logam tulen secara peleburan
Tujuan pengaloian :
Contoh-contoh aloi :
4. Kegunaan polimer sintetik
Polimer ialah sebatian yang terbentuk daripada molekul yang bergabung secara kimia ke dalam satu rantaian panjang. Molekul yang membentuk rantaian panjang tersebut dipanggil monomer.
Polimer boleh dibahagikan kepada 2 jenis :
1. Polimer semulajadi
Polimer yang diperolehi daripada hidupan seperti haiwan dan tumbuhan.
2. Polimer sintetik
Polimer buatan manusia. Polimer sintetik yang lazim digunakan adalah plastisin dan getah sintetik.
5. Kegunaan kaca dan seramik
Kaca merupakan bahan keras yang lutsinar yang dihasilkan apabila silikat lakur disejukkan dengan cepat.
Seramik ialah bahan yang diperbuat daripada tanah liat dan proses pembuatannya memerlukan haba yang tinggi. Seramik tahan haba dan tidak mudah melebur . Seramik banyak digunakan untuk menghasilkan barang dapur seperti pinggan dan mangkuk.
Sifat seramik :
- keras tetapi rapuh
- menahan haba
- kuat, menahan tekanan
- tahan tindakan kimia
- pengalir haba dan elektrik yang baik
Kegunaan seramik :
- bahan pembinaan
- bahan untuk barang perhiasan
- perkakas dapur
- membuat bahan penebat dalam peralatan elektrik
- peralatan pembedahan dan pergigian
- mikrocip
6. Kegunaan bahan komposit
Bahan komposit ialah struktur bahan hasil daripada gabungan dua atau lebih bahan dan sifatnya lebih baik daripada komponen asalnya.
7. Nano Technology
Definisi nano technology :
Satu cabang sains yang menumpukan kepada jirim-jirim pada
saiz antara 1 - 100 nanometer ( 1 nanometer = 10 - 9 meter). Nano tidak dapat dilihat oleh mata kasar kerana 100 000 lebih kecil dari saiz sehelai rambut.
Contoh penggunaan nano :
Keburukan penggunaan nano :
- Risiko kepada kesihatan dan persekitaran. yang berpunca daripada zarah dan jirim nano
- Risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul
- Risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri
Aloi adalah sebatian yang terbentuk daripada campuran logam dengan unsur-unsur lain.
SUSUNAN ATOM DALAM LOGAM
Saiz atom dalam logam tulen adalah sama dan disusun secara rapat menbentuk lapisan- lapisan atom dan ini menyebabkan logam tulen lembut dan kurang kuat. Lapisan-lapisan ini menyebabkan ia mudah menggelonsor apabila dikenakan daya
Susunan atom dalam aloi
Apabila atom-atom logam lain yang berlainan saiz ditambah kepada atom-atom logam tulen ini menyebakan ia sukar menggelongsor antara satu sama lain. Ini menyebabkan lebih kuat dan keras
Tujuan pengaloian :
- Menambah kekuatan dan kekerasan logam
- Mencegah kakisan logam
- Membaiki rupa logam supaya menjadi lebih baik
Contoh-contoh aloi :
Polimer ialah sebatian yang terbentuk daripada molekul yang bergabung secara kimia ke dalam satu rantaian panjang. Molekul yang membentuk rantaian panjang tersebut dipanggil monomer.
Polimer boleh dibahagikan kepada 2 jenis :
1. Polimer semulajadi
Polimer yang diperolehi daripada hidupan seperti haiwan dan tumbuhan.
Polimer buatan manusia. Polimer sintetik yang lazim digunakan adalah plastisin dan getah sintetik.
5. Kegunaan kaca dan seramik
Kaca merupakan bahan keras yang lutsinar yang dihasilkan apabila silikat lakur disejukkan dengan cepat.
Seramik ialah bahan yang diperbuat daripada tanah liat dan proses pembuatannya memerlukan haba yang tinggi. Seramik tahan haba dan tidak mudah melebur . Seramik banyak digunakan untuk menghasilkan barang dapur seperti pinggan dan mangkuk.
Sifat seramik :
- keras tetapi rapuh
- menahan haba
- kuat, menahan tekanan
- tahan tindakan kimia
- pengalir haba dan elektrik yang baik
Kegunaan seramik :
- bahan pembinaan
- bahan untuk barang perhiasan
- perkakas dapur
- membuat bahan penebat dalam peralatan elektrik
- peralatan pembedahan dan pergigian
- mikrocip
Bahan komposit ialah struktur bahan hasil daripada gabungan dua atau lebih bahan dan sifatnya lebih baik daripada komponen asalnya.
7. Nano Technology
Definisi nano technology :
Satu cabang sains yang menumpukan kepada jirim-jirim pada
saiz antara 1 - 100 nanometer ( 1 nanometer = 10 - 9 meter). Nano tidak dapat dilihat oleh mata kasar kerana 100 000 lebih kecil dari saiz sehelai rambut.
Contoh penggunaan nano :
- Digunakan dalam pembuatan telefon bimbit dan komputer riba
- Digunakan dalam menghasilkan alat-alat solek, losyen-losyen pelindung cahaya matahari dan lain-lain
Kebaikan penggunaan nano :
- Kesihatan - membaiki jaringan antara organ tubuh yang rosak
- Industri- dapat mencipta logam yang ringan,murah dan efisien
- Teknologi - dapat mempertingkatkan daya komputer dan elektronik dengan kemampuan dapat mengirimkan data dengan kecepatan yang sangat tinggi
- Dapat mencipta cip yang sangat halus tapi dapat menyimpan data yang banyak
Keburukan penggunaan nano :
- Risiko kepada kesihatan dan persekitaran. yang berpunca daripada zarah dan jirim nano
- Risiko yang disebabkan oleh pengilangan atau penghasilan molekul
- Risiko yang datangnya daripada masyarakat sendiri
Congrats 😍✨
ReplyDeleteawesomeeeeeee. i like itt!!!
ReplyDelete